TOPIK
DAN HURAIAN
5.0
RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
Maksud : Secara umumnya,sejarah
perancangan pembagunan Negara boleh dikelaskan kepada beberapa fasa utama,iaitu
I. Perancangan zaman sebelum merdeka.
II. Perancangan zaman selepas merdeka.
III. Perancangan selepas pelaksanaan dasar
ekonomi baru.
5.1
1MAKSUD PEMBANGUNAN
Secara jelasnya, pembangunan mempunyai
pelbagai maksud dan tradisi. Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah
masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang
dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik
, sosial, pendidikan ,psikologidansebagainya. Selain itu, perubahan ini juga
merujuk kepada aspek fizikal ,kebendaan dan bukan kebendaan.Selain itu ,secara
keseluruhannya , pembangunan ekonomi Negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar
pembangunanekonomi Negara sejak kemerdekaan sehingga kini. Selepas kemerdekaan
, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan Negara untuk
mengatasi segala masalah sosio ekonomi dan politik yang dihadapi oleh
masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh
penjajah British sebelum ini.Seterusnya,pembangunan Negara Dirancang melalui
dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan
Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua
Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
5.2
RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI
Pemimpin negara kita telah menjalankan
pelbagai rancangan untuk memajukan ekonomi negara kita. Pada tahun 1960, GDP
per capita (Gross Domestic Product Per Capita) negara kita cuma 299US dollar,
maka pada tahun 2014, GDP per capita negara kita sudah mencapai 10829 US
dollar. Ini membuktikan pendapatan rakyat telah bertambah dari semasa ke semasa
yang dilaporkan oleh Bank Dunia (World Bank) Selain itu, kita boleh nampak
jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar menurun dan jurang sosioekonomi
antara bumiputra dengan bukan bukan bumiputra telah meningkat dengan baik.
Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi dokuman
kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan kerajaan,yang telah
menetapkan sasaran perkembangan makroekonomi dan juga saiz serta peruntukan
yang desediakan untuk program pembangunan sektor awan dan swasta bagi lima
tahun sesuatu Rancangan.
5.3
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)
5.3.1
PERINGKAT 1
5.3.1.1
Rancangan MalayaPertama (RM) 1956-1950)
Rancangan ini telah dilaksanakan hasil
daripada perakuan oleh perwakilan Bank Dunia terhadap kerajaan Tanah Melayu
RM-1 dilaksanakan dengan matlamat utamanya untuk memajukan sepenuhnya sektor
luar bandar. Untuk perancangan ini, kerajaan memperuntukan RM478.2 juta, iaitu
44.5% daripada keseluruhan peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Matlamat ini
bertujuan menambahkan pendapatan peduduk lur Bandar sekali gus merealisasikan
matlamat mengurangkan kadar kemiskinan.
Mempelbagai sumber negara supaya negara
tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi tersebut sahaja, terutama biji
timah dan getah. Hasil penyelidikan yang dijalankan, dua buah agensi kerajaan
telah ditubuhkan, iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada
tahun 1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan
memajukan sektor ekonomi luar bandar. SEcara keseluruhan, RIDA yang bertujuan
dalam membangunkan bidang sosial, ekonomi dan insfratruktur luar bandar. Pada
tahun 1966, RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini
bermatlamat menggalakkan penyertaan kaum melayu dalam sektor perdagangan dan
perindustrian, membantu para usahawan Melayu yang baharu memulakan perniagaan
dengan memberikan pinjaaman mahupun bantuan teknikal, menggalakkan pertumbuhan
perusahaan kecil di luar bandar dan mengadakan program-program latihan dan
kemahiran atas tujuan meningkatkan produktiviti sumber manusia terutama
penduduk luar.
FELDA pula ditubuhkan untuk membuka
tanah-tanah baharu untuk mempergiat sektor perladangan getah dan kelapa sawit
sekali gus menambahkan hasil ekonomi negara, penempatan semula
penduduk-penduduk luar bandar yang miskin dan berdaya ekonomi lemah dan
meningkatkan taraf hidup masyarakat diluar bandar. Pengurusan MARA dan FELDA
ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang
ditubuhkan pada tahun 1959 yang berperanan menyelaraskan pembangunan luar
bandar. Kementerian ini dipimpin oleh Dato’Abdul Razak hussein.
Keseluruhannya,peruntukan untuk RM-1 ini ialah sejumlah RM1100 juta. Namun dari
segi pencapaiannya, pelaburan sektor awam hanyalah sejumlah RM498 juta, iaitu
lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang dirancangkan.
Fenomena ini berlaku akibat jatuhnya harga biji timah dan getah di pasaran
dunia.EKONOMI
5.3.1.2
RANCANGAN MALAYA KEDUA(RM-2)1961-1965
Matlamat RM-2 ialah memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur di
kawasan luar bandar.Selain itu,menggiatkan lagi projek pembukaan tanah dan
petempatan baharu di bawah program FELDA.Di samping itu, menggiatkan sektor
pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman.Akhir sekali,penubuhan FAMA
bertujuan membantu petani memasarkan hasil pertanian mereka.
5.3.2Peringkat
2
5.3.1.1 RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA
(RMK-1)1966-1970
Beberapa
buah agensi kerajaan dilahirkan di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan
seperti MARA,Bank Bumiputera,MIDA,Lembaga Penasihat Tarif dan PERNAS.Tujuan
penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif untuk membantu pembangunan
perindustrian negara seperti tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan
1968.Penubuhan MARA,Bank Bumiputera dan PERNAS bertujuan menggalakkan
penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
Matlamat utama DEB iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan
dalam rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat
Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.Beberapa langkah telah diambil bagi menjayakan RMK-2 seperti menentukan
pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum bumiputera.Selain
itu,menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor
awam dalam aktiviti ekonomi dan menubuhkan PETRONAS.
DASAR EKONOMI BARU(DEB)
Rancangan pembangunan di bawah DEB dijalankan menerusi strategi
serampang dua mata iaitu mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum dan menyusun semula masyarakat untuk
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Strategi yang dijalankan untuk mencapai matlamat kedua DEB ialah
meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar
bandar.Selain itu,mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tanah.Di sampinbg itu,menambah bahagian kaum bumiputera dalam sektor produktif
dan memastikan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam
kalangan orang melayu serta kaum bumiputera.
5.3.2.2
Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) 1971-1975
Setelah negara pengajaran akibat daripada
rusuhan kaum 13 Mei 1969, RMK-2 dilancarkan dengan tujuan yang jelas, iaitu
untuk mengatasi dan membaik pulih keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi antara
kawasan dan kelompok kaum negara ini. Bagi memastikan rancangan ini berjaya ,
sejumlah RM7250 juta telah diperuntukan . RMK-2 berteraskan program pembangunan
jangka panjang , iaitu dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Matlamat utama DEB ini
juga dikenali sebagai serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya
membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa kaum, menyusun semula
masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.
Oleh itu , adalah jenis kedua-dua matlamat
ini bermotifkan membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki
dan diseimbangkan serta dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi. Beberapa program telah dirancang dan langkah-langkah
tertentu diambil untuk menjayakan RMK-2 seperti menentukan pemilikan modal
dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera , iaitu 9% bgagi tahun 1972
,16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990, menggalakkan
penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam
aktiviti-aktiviti ekonomi,terutama yang berkaitan dengan perdagangan dan
perusahaan dan menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974
RMK-2 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan . Misalnya ,KDNKK
meningkatkan pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang
memberangsangkan . Misalnya KDNKK meningkat pada kadar 7.4% setahun. Angka ini
mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan , iaitu
hanya 6.8% setahun . Pertumbuhan KDNKK berlaku kerana pertumbuhan beberapa
faktor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%),perdagangan (14.4%) dan
lain-lain (10.15
Dasar Ekonomi Baru
Dasar ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rancangan
Malaysia Kedua (1971-1975) . Pembentukan DEB adalah matlamat membetulkan
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum. Rancangan untuk mencapai
matlamat DEB terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun
1971-1990 . Rancangan pembangunan di bawah DEB , dijalankan menerusi strategi
serampang duamata iaitu mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum dan menyusun semula masyarakat untuk
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi.
Asas yang menjadi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan
ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu yang
masih ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana faktor kemiskinan. Amnya, masalah
kemiskinan bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang Melayu, tetapi juga
merangkumi semua kaum di Malaysia . Dalam hal ini , orang Melayu lebih ramai
menghadapi masalah kemiskinan dan masih kurang mampu untuk bersaing dengan kaum
lain.
Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan kepada menghapuskan kemiskinan di luar bandar dan kawasan bandar.
Menurut banci penduduk pada tahun 1970, terdapat kira-kira 49.3% penduduk
berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200.00 dan kira-kira 86%
daripada jumlah tersebut ialah penduduk luar bandar. Dalam hal ini, pihak
kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti
kemudahan pendidikan , kesihatan, bekalan air, dan elektrik . Selain itu ,pihak
kerajaan juga telah menyediakan bantuan biasiswa pelajaran , bantuan subsidi
baja dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada anak-anak. Usaha pihak
kerajaan untuk meningkatan taraf hidup
penduduk ini telah dapat dalam masa lebih kurang 20 tahun di mana tahap
kemiskinan penduduk telah dapat dikurangkan , iaitu daripada 49.3% pada tahun
1970 kepada17.1% pada tahun 1990 .
Untuk mencapai matlamat kedua DEB , iaitu menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi, kerajaan telah melancarkan beberapa program
seperti perindustrian dan perdagangan , pertanian ,perlombongan , pengangkutan
dan pertanian. Strategi yang dijalankan adalah meningkatkan daya pengeluaran
dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar, mengurangkan keadaan yang
tidak seimbang dalam struktur gunatanah supaya penyertaan pelbagai kaum dalam
sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum,
menambah bahagian kaum bumiputera dalam sektor peroduktif di mana kaum
bumiputera agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain dan memastikan
pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang
Melayu serta kaum bumiputera agar mereka dapat memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada semua jenis kegiatan ekonomi menjelang 1990.
Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan
kaum bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan
semula guna tenaga perlu diperhebatkan lagi memandagkan orang Melayu masih
kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan
5.3.2.3
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA(RMK3)1976-1980
Rancangan ini diatkan melalui badan tertentu seperti
KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah
rancangan KEJORA,KETENGAH dan DARA menjelang hujung tahun 1980.Badan berkanun
seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meruskan usaha pembangunan.
5.3.2.4
Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985
RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara
sedang mengalami kemelesetan ekonomi, terutama akibat daripada kejatuhan harga
bijih timah dan getah di pasaran dunia. Fenomena ini menyebabkan negara
mengalami berbagai-bagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan
bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport komoditi, kelembapan
sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran . Namun, langkah-langkah
pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4
ialah RM40000 juta. Daripada jumlah ini, 57.9% diperuntukan bagi keselamatan
dan 2% bagi pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih
diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah
21.3% , sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 8.3% , pelajaran dan
latihan sejumlah 7.6% serta perkhidmatan sosial sejumlah 7.1%.
RMK-4 juga mengutamakan sektor perusahaan
berat yang berasakan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.
Sehubungan dengan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan
bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Antara projek yang
diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah Kilang Simen yang diuruskan oleh
Kedah Simen Sendirian Berhad, Kilang Pengeluaran besi berongga dan Keluli oleh
Perwaja di Kemaman, Terengganu dan Pembuatan kereta nasional , iaitu kereta
Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sndirian Berhad.
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi
menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baharu
seperti di Senawang ,Skudai,Bintulu,Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan
bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas,Pulau Pinang.
Pada tahun 1983 dua buah program dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan
awam iaiti Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian
(PIP)
Selain itu, kerajaan juga berusaha
mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian Antara Bumiputera dangan
bukan Bumiputera dengan cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan
melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.
Kerajaan telah memberikan peruntukan
berjumlah RM40000 juta untuk pelaksanaan RMK-4, iaitu dengan kadar 57.9% untuk
pembangunan ekonomi,16.2% untuk pembangunan sosial ,23.8% untuk keselamatan dan
2% untuk pentadbiran awam. Dari segi pencapaian keseluruhan,KDNK telah
berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut
meningkatkan sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada
RM4,609 juta pada tahun 1985.
5.3.2.5
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA(RMK-5)
Matlamat utama RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara,mencapai
objektif Dasar Ekonomi Baru dan mengecapi pertumbuhan yang dapat menjamin
kestabilan negara.Strategi RMK-5 yang pertama ialah meningkatkan peranan sektor
swasta melalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan dalam aspek hak milik
syarikat,pelesenan,dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan.Syarat
pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan industri.Strategi
kedua ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.
Syarat dilonggarkan seperti syarat penggunaan tanah,penanaman padi
secara ladang,penggunaan tanah lombong untuk pertanian,penanaman tanaman lain
yang sesuai di sawah terbiar dan lain2.Usaha menggalakkan perindustrian pula
ialah pengurangan kadar bayaran elektrik,telefon,air,tapak kilang dan
lain2.Selain itu,penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan
R&D.Usaha pembangunan sumber manusia turut dititikberatkan seperti latihan
kemahiran dalam bidang pengurusan,keusahawanan,pembinaan,perhotelan,dan
perkapalan.
Perusahaan pelancongan turut diberi
perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta,menggalakkan
pihak swasta menyediakan kemudahan pelancongan,munubuhkan perbadanan
pelancongan Malaysia dan melancarkan tahun melawat Malaysia.Pada tahun
1991,rancangan pembangunan ekonomi baru diperkenalkan bagi menggantikan dan
menyambung program pembangunan dalam RRJP-1 dan DEB.Rancangan tersebut ialah
(RRJP2)(1991-2020),Wawasan 2020(1991-2020),Dasar Pembangunan
Nasional(1991-2000) dan (RMK6)(1992-1995).
5.3.3
Peringkat 3
5.3.3.1
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG 2(RRJP2)
Matlamat utama RRJP2 ialah penurunan kadar kemiskinan.Selain
itu,penurunan kadar pengangguran dan pertumbuhan ekonomi negara.Pada tahun
1991,kerajaan telah melancarkan wawasan 2020,(RRJP2),(RMK-6) dan (DPN)
5.3.3.2 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
RASIONAL
Tiga
prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura,Brunei,Thailand,dan
Kampuchea serta kepulauan Selatan Passifik sehingga Malagasi.Selain itu,Unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima kebudayaan sebagai sesuatu
yang dinamik,sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian
secara berterusan.Akhir sekali,Islam menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan.
No comments:
Post a Comment